Home | Sitemap | Contact Us | Login   
Search NECF
   
Main ABOUT NECF MALAYSIA Archives Berpuasa & Berdoa untuk Bangsa Kita! (Jun-Aug 2005)

  Berpuasa & Berdoa untuk Bangsa Kita! (Jun-Aug 2005)

Berpuasa & Berdoa untuk Bangsa Kita!

Doa sangat penting untuk bangsa kita, kerana setiap bangsa wujud untuk kemuliaan Tuhan. 

Semasa berpuasa John Knox mengatakan, ?Beri saya Scotland atau saya akan mati.?

Apabila hari doa dan puasa kebangsaan ditetapkan, Abraham Lincoln mengarahkan semua rakyat Amerika ?untuk menyambut hari itu sesuai dengan pengakuan iman dan corak penyembahan mereka, dengan penuh rendah hati dan dalam suasana keagamaan yang serius, hingga akhir supaya doa bangsa yang bersatu akan sampai ke Takhta Kasih Karunia Allah dan membawa berkat berkelimpahan atas negara kita.?

Ilustrasi Alkitabiah tentang puasa dan doa untuk bangsa boleh dilihat melalui contoh Daniel bab 9 dimana dia ?berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah dan, memohon belas kasihan-Nya, sambil berdoa dan memakai kain guni, serta duduk diatas abu? (9:3).

?Semua hal berkaitan bangsa bertujuan untuk menyediakan peluang, cara bagaimana kemuliaan Allah dan kebaikan-Nya boleh dinyatakan,? kata Max Lucado.  Oleh kerana itu, kepentingan berbicara dengan Tuhan tentang bangsa kita tidak boleh diketepikan.  Sama seperti doa satu orang boleh membawa perubahan, betapa besar perubahan yang akan berlaku sekiranya beribu-ribu orang berdoa di seluruh negara.  Doa orang-orang yang benar bukan sekadar senjata untuk melawan kuasa-kuasa jahat tetapi lebih merupakan penyataan kemuliaan dan perbuatan-Nya yang ajaib melalui orang-orang percaya. 

Inilah masanya untuk mencari Tuhan, sehingga dia menghujani bangsa kita dengan kebenaran.  Sementara kita berdiri di jurang untuk bangsa kita, kita akan melihat transformasi yang besar di gereja, komuniti dan bangsa.

?Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa.  Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram.  Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain.  Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita.?

(1 Tim 2:1-3).

Oleh kerana itu, NECF Malaysia mempelawa anda untuk berdoa bersama-sama untuk upacara ?Terangilah Bangsa Kita?

Bahan-Bahan Doa:

  1. 40 hari Puasa & Doa ?Berpaling Kepada Bapa Kita Di Syurga? (22 Jul-30 Ogos)-penglibatan yang sepenuh hati, bersungguh-sungguh di dalam doa dan ada kesatuan hati dan roh.
     
  2. Konferensi Kebangsaan supaya akan berjalan lancar dan keberkesanan di dalam semua aspek pentadbiran.
     
    • Konferensi Kebangsaan-bahasa inggeris (25-27 Ogos).
    • Konferensi Kebangsaan-bahasa cina (23-25 Ogos)
    • Konferensi Kebangsaan-bahasa melayu (29-31 Ogos)
       
  3. Pengkhutbah untuk setiap konferensi: kebijaksanaan, pengertian dan peka kepada tujuan Tuhan bagi Malaysia.
     
    • Pr.Peter Tsukahira & Pr Djohan Handojo (English)
    • Rev Dr Wan Xiao Yun (Cina)
    • Rev Rachmat T. Manullang (Bahasa)
       
  4. Bengkel doa syafaat kanak-kanak (26-27 Ogos)
    Pengkhutbah: Mr. Jeffrey & Irene Chew, Eunice Wong  & Ps Raymond Pu
     
  5. Peserta konferensi: kerinduan yang besar untuk mencari Tuhan, mengasihi bangsa, mempunyai belas kasihan untuk yang terhilang.
     
  6. Perhimpunan Doa Merdeka di seluruh bandar besar (29-31 Ogos)
    Lembah Kelang: 28 Ogos  7.30 malam (tempat: PGRM, Cheras).
     
  7. Staf NECF-untuk kasih karunia, kekuatan, kebijaksanaan dan kesatuan.

 

Tindakan:

1.      Dapatkan senaskah salinan buku doa.

2.      Mendaftar untuk doa sepanjang hari (www.necf.org.my)

3.      Mendaftar untuk konferensi dan galakkan kawan anda untuk melibatkan diri juga.

4.      Mengambil bahagian pada Perhimpunan Doa Merdeka untuk bandar anda dan bawa kawan-kawan anda.

 



 Print Friendly